Q.U.O.T.E of The Day

k.a.m.i

Daisypath Next Aniversary Ticker

Friday, February 6, 2009

KFC to be boycott?




assalamualaikum sumeee..hehe..
lama dah aku x tulis blog ni.lame.. mmg sgt lame..
so,ni la time aku nk berjinak2 blk.hehe..

this time around,aku nk ckp psl boikot memboikot ni.. arini aku dpt email fr my rumet. email ni mmg wat aku fikir,btol gak ape yg die bg ni.sgt3 btol.so,ape kate kite take time,bace.semoga artikel ni dpt tambah pengatahuan kat kite yg mls cr kebenaran yg benar ni. --->


KEBENARAN TANPA PENGHUJUNG

"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.


Penulis bersama dengan Tan Sri Muhammad Ali Hashim di Pejabatnya. Beliau yang bertanggungjawab memperkenalkan Jihad Bisnes dan Jihad Ekonomi. Usaha beliau harus dipuji dalam menegakkan Islam melalui perniagaan.



5 comments:

PHIRDOTE said...

such a long expenation..but need to remember that it's true a lot of advantage that we can get from KFC company such as hire worker and pay tax to goverment needs for economy..yeah3~ many else like 'jihad business'..but 'sis'..this is just my opinion..not about i'm thinking inside the box and make assumption just like that..If we not boycott the product, KFC for examples.seem
like we also support the plan to musnahkah umat islam expecially in GAZA..you know why? my answer is seolah2 kita menghalalkan gerakan org America n Israel yang secara terang-terangannya ingit memusnahkan umat islam..n seolah2 kita pula yang memberi bantuan kewangan kepada mereka..cube u pikirkan..;)

PHIRDOTE said...
This comment has been removed by the author.
PHIRDOTE said...
This comment has been removed by the author.
PHIRDOTE said...

bayaran yg td i maksudkan ialah pembayaran penggunaan jenama KFC tersebut and lebih penting lagi it is a francise company so the term of the business such as training, trade mark and recipe also need to be paid because we( melaysia KFC) buy the right from the francaiser to sell their good or services..a small margin in the income statement of the company must paid to the KFC( main;America) or in other word..BUSINESS VENTURE and the America may also want to continued obligation to contribute percentage of sales to 'parent company'...Walaubagaimanapun ucapan tahniah buat KFC Malaysia atas usaha murni utk menjaga pelanggan serta keuntunggan selama ini seperti sumbangan sedekah kepada penduduk Palestin..but dalam islam kita xbole campur adukkan perbuatan baik dgn yang jahat keran ia adalah munafik sama sekali..setiap pembayaran kepada pembelian perkhidmatan serta barang jualan dari KFC sudah tentu menyokong agenda untuk memusnahkan umat Muhammad kerana masih tidak sedar lagikah apa yang Amerika telah buat di Gaza..walaupun tidak byk profit serta keuntungan disalurkan kepda KFC amerika tetapi apa yang hendak ditekankan disini adalah.. EVERY SINGLE CENTS YOU PAY THERE IS A PERCENTAGE FOR DONATION TO KILL MUSLIM BY THE ISRAEL..~~it is a charter aggreed by those who involve in this business. THOSE WHO IS NOT AGREE TO THIS STATEMENT THEY MAY GET CURSE BY ALLAH S.W.T...
Belive or not belive..tepuk dada tnayalah Iman..hehe
ok ;)

yuzzy said...

hye bro.. damn true ape yg u cube sampaikan tu..
@least kite berusaha 4 menjatuhkan israel yg sgt durjana itu.but 4 this article, ape yg sis cube sampaikan d sini ialah, jangan la kite mem boikot tanpa usul periksa kan. tanpa menyedari ape yang umat kite sudah sedaye upaya membuat yang terbaik untuk saudara mereka.kita pandang dari sudut itu ok bro. kalau nak cakap pasal tax n others boycott stuff mmg banyak. n thats y i'm trying to say here, dont just boycott without investigate dlu kan. no harm. this is just an information. kalau ade yang salah, sila perbetulkan. but 1 thing for sure,lets pray for palestine.

kira2