Q.U.O.T.E of The Day

k.a.m.i

Daisypath Next Aniversary Ticker

Wednesday, November 19, 2008

NEScaFE oh NEScafEIN


kat cni aku nk share 1 health story yg aku dpt kat email. ianya amat penting bg student2 yg m'amalkan meminum nescafe time2 exam ni.. lets scroll

Zaman skarang ni, banyak penyakit datang dari pemakanan…..

Beberapa hari lepas saya dikunjungi oleh seorang pelajar lelaki tahun akhir. Sudah beberapa bulan pelajar ini tidak bertemu dengan saya. Pelajar ini mengemukakan beberapa masalah kumpulannya untuk diselesaikan oleh saya sebagai seorang penasihat akademiknya. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Selepas hajat terlaksana, pelajar ini yang saya namakan sebagai Ahmad menukar topik kepada topik kesihatan dirinya. Beliau mengadukan masalah dirinya. Beliau dapat merasakan kemerosotan tahap kesihatan dirinya. Berikut adalah antara tanda-tanda yang dapat dikenalpasati:

Kerap berdebar tidak menentu masa. Kadang-kadang waktu membaca tiba-tiba jantung / dada berdebar dengan laju.

1. Bila jantung berdebar ini berlaku, ia akan diikuti dengan dahi berpeluh
2. Beliau juga kerap merasakan kesakitan pada dadanya.
3. Sering mencungap dan kadang-kadang kala sewaktu sembahyang pun mencungap.
4. Semakin tidak tahan atau alah dengan panas terik matahari dan jikalau kena panas,
badannya akan banyak berpeluh dan tidak selesa.

5. Jikalau tahun lepas, kekerapan simptom-simptom di atas agak jarang namun
kebelakangan ini, kekerapan kejadian semakin kerap sehingga satu kali serangan dalam
setiap 2/3 hari.

6. Tapak tangannya.semakin basah.

Berdasarkan simptom yang saya perolehi saya terus menyoal tabiat permakanannya. Selepas mendapat data yang dikehendaki saya pun memberikan penjelasan 'Ahmad, engkau ni walau pun usia masih muda, jantung engkau sudah bermasalah.. Punca masalah engkau ini adalah kerana engkau kerap meminum Nescafe 3 in one.. Nescafe adalah tidak baik dan merosak buah pinggang manakala krimer yang terdapat di dalam campuran ini sangat merosak jantung. Krimer ini bukan diperbuat dari susu tetapi adalah dibuat dari kelapa sawit (non dairy creamer)'

Selanjutnya saya menasihati Ahmad untuk melakukan perkara berikut untuk merawat jantungnya:

1. Elakkan dari meminum Nescafe yang merosak buah pinggang dan elakkan sama sekali apa jua
jenis krimer yang dibuat dari selain susu (non dairy creamer)

2. Elakkan dari mengambil coffee mate kerana ia adalah non dairy creamer
3. Elakkan makan ais krim kerana mengandungi krimmer yang tinggi
4. Elakkan susu pekat manis yang mengandungi krimer dari selain susu.
5. Elakkan memakan sebarang makanan yang mengandungi margarine
6. Elakkan memakan burger, naget, kentang goreng, potato chip dan segala yang sewaktu
dengannya

7. Elakkan mandi selepas makan
8. Amalkan amalan: Ambil segenggam kacang hijau, rendam dalam air kira-kira 10 minit,selepas
itu rebus asal masak dan bukan rebus sehingga pecah tanpa membubuh garam. Selepas itu
buang air rebusan dan makanlah kacang hijau ini dan amalkan amalan ini setiap hari.

9. Boleh beli jintan hitam dan makan setiap hari atau pun belilah yang sudah siap diproses atas
nama habbatussauda

10. Amalkan makan sayuran pahit seperti kailan, peria, pegaga, daun ubi, pucuk betik,
ulam-ulam dsbnya.

11.. Kurangkan makan nasi lemak terutama sekali nasi lemak di kedai kerana mereka
mencampurkan minyak masak kepada nasi lemak agar nasi lemak ini kelihatan cantik
berderai dan tidak melekat.


Kepada yang mulai menghadapi masalah dengan jantungnya atau yang sudah lama bermasalah jantung, bolehlah mengamalkan amalan di atas.


'sharing is caring.

Dear Friends,
I'm strongly agreed on these issues because it happens to one of my friend in HSS Integrated Consultant. Beliau sekarang menjalani rawatan dialysis setiap 3 hari. Now its been already 9 years he is suffering with this kidney problem. The doctor yang check dia kata, the main cause is:

1. Breakfast with Nescafe
2. 10am break with Nescafe
3. Lunch with Nescafe ais
4. Minum petang also with Nescafe.
5. Malam supper pun pekena Nescafe.

So, hope for best for those who still love Nescafe.

No comments:

kira2